Monday, January 30, 2012

cintaku pada m0m0t

Pertamanya,
"Aku cinta kamu"
Biar kata-kata itu mendahului

Biar kamu tahu
Betapa aku menyayangimu
Di seluruh ruang hati
Kamu saja yang menghadiri

Kadangakala hatiku sakit
Bukan kerana kamu yang mencalarnya
Bukan kerana kamu tiada dihati
Kerana aku ingin kamu ubati

Adakalanya kamu tidak peduli
Kamu langsung tidak mengerti
Betapa pedihnya hati ini
Namun aku mahu memahami

Kamu selalu menjadi marah
Hingga hati aku menjadi susah
Namun, kamu lagi resah
Biarlah aku yang beralah

Kamu yang aku cintai
Hatimu tidak akan aku lukai
Biar kamu marah, sedih dan menangis
Sayangku tidak mungkin akan habis

Aku akhirikan
Sebuah ungkapan
"Aku cinta kamu"

No comments:

Post a Comment