Friday, October 14, 2011

berfikir sejenak~~

Seperti biasa, hujung mingguku sentiasa diulit sunyi dan bosan
Sudah jadi lumrah alam..tiada apa yang perlu diharankan
Sehinggakan aku sudah lupa apa itu sunyi dan bosan.

Biasanya aku akan menghabiskan masa petangku bersama kenalan di alam maya
Tapi, entah mengapa fikiran ini melayang bagaikan layang-layang menari ditiup bayu..
Tiada penghujungnya..
Jari ini mula mengetuk keyboard..
Menaip satu persatu bait perkataan
Mencipta kod lagu yang tersendiri
Mendendang lagu menyapa sepi
Meluahkan apa yang terbuku

Hati ku benar-benar diketuk
Bukan oleh perasaan cinta yang semua bayangkan
Tapi oleh suatu simpulan..
Ya! Sebuah ikatan
Ikatan yang mudah reput dek arus masa
Ikatan yang mudah putus dek sengketa
Ikatan yang mudah terlerai dek kesumat
Dan ikatan yang sangat kuat simpulannya disemai kaseh!
Benarkah?
Aku juga belum begitu pasti sebenarnya

Apa yang berlegar di benak fikiranku saat ini…
Persis apakah ikatan yang sedang aku tempuhi saat ini
Dan sampai bilakah ikatan itu akan utuh tersimpul?
Andai benar ada yang bisa mengeratkan simpulan itu
Rela aku mendaki puncak everest
Meredah lautan berapi
Demi mencari setitis penawar agar tak terlerai simpulan ini

Teman,
Biarpun tiada penawar buat mengeratkan simpulan ini
Percayalah bahawa kasihku tidak pernah terlerai daripada ikatan yang sememangnya utuh disulam tangis dan tawamu
Andai takdir menentukan nokhtahnya di sini
Biarlah masa dan jarak yang memisahkan kita
Bukan sengketa dan kesumat..
mungkin antara kita tidak pernah bersua
sekadar menjalinkan rasa sayang diruang maya
namun itu bukan penghalang sebuah persahabatan bukan?

Ingat pesanku teman,
Persahabatan bukanlah bergantung pada sebuah ikatan
Sebaliknya sebuah keikhlasan yang hakiki…


No comments:

Post a Comment